Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha



ekceli, aku dah ternampak and dah like berkali jugak post by @nurraihanahh 
harini baru ada masa sikit nak join haha 
nak join jugak? sila klik pada banner. 
so taknak sembang lebih, 
aku nak korang tatap cerita random kindness yang aku buat 
TT


| Random Kindness Story |

So, sebenarnya kalau nak difikirkan, aku tak rasa yang aku ni baik orangnya haha
tapi kalau nak perasan lebih, mungkin boleh kut
aku baik sebab bagi markah free kat group assignment yang sumpah 
level pemalas tahap dewa. 
semua kerja tak reti nak buat. 
ok enough. aku taknak cerita pasal group yang mengundang api kemarahan aku 
serious geram.

Ceritanya macam ni, 
ehem

harini tadi alhamdulillah ada masuk sikit rezeki aku jual tudung 
kalau nak tengok aku jual apa, sila singgah ke @adnin_scarf (sekarang tengah sale)
so, ada la duit tambahan untuk printing and beli barang model so on
but after a few minutes
one of my family member  tersangatlah perlukan duit
so, dalam cerita ni, aku namakan dia, is Dia. 

aku tau kenapa tetiba dia dalam kesempitan 
sedangkan kalau dalam family, dialah yang paling berjimat cermat
masing-masing ada cara dia belajar pasal kehidupan
and sekarang ni masa dia
memula aku dengar cerita dari dia, im really pissed off
seriously pissed off!
sebab hal tu jer dia dah kehabisan duit sara diri almost for 2 months
erghh thats y aku cakap, be careful dengan scammer yang bersepah sekarang
everyone want your money. please and please. 
tolong letak rasa suspicious kalau orang tu beriya-riya nak dengan kita
ni peringatan serious. 

ok sambung balik cerita aku
lepas baca mesej dari dia post kat group adik beradik aku, 
serious aku rasa gila tak sampai hati
geram pun ada dengan scammer tu
aku tanya dia dah makan ke belum
standard budak uni la kalau kol 9 malam tak makan lagi
dia cakap dah makan megi pagi tadi
u know right, megi boleh bagi effect yang tak bagus tapi bila dah takda choice lain
memang tu la yang perlu ditelan untuk alas perut

buat pulak masa tu aku baru nak masak,
tetiba rasa sayu pulak tengok beras
lepas aku basuh beras elok-elok,
terus pegi kat laptop, dengan harapan ada internet yang tak gila
terus aku transfer berapa yang ada untuk dia

mana rezeki yang baru masuk duduk tak panas lagi dalam account aku
aku terus transfer kat dia
biarkan, insha Allah aku ada rezeki lain
sebab aku tau apa perasaan tak ada duit and kelaparan tak ada orang peduli

alhamdulillah
respon yang aku dapat dari dia memang buat hati aku sayu
siapa lagi nak tolong kalau bukan aku yang tolong
mungkin ada yang lain tolong tapi insha Allah rezeki aku, rezeki kita ada di mana-mana
kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan 

lepas masak, aku perhati satu-satu makanan yang aku masak
(biasa aku makan sensorang)
jadi lagi la hiba kalau family member korang tak makan lagi, 
then korang tatap makanan depan mata
opkos dalam otak, 
"dah makan ke belum yang lain?" hmm
tapi takda la aku pegi perhati nasik and lauk yang dah dimasak sampai tunggu dorang datang
memang tak laa haha semua tengah jauh
XD

jadi, aku harap cerita ni boleh dikira sebagai random kindness story 
selain daripada aku bagi tempat duduk dekat sorang granny (chinnese) dalam ktm, since takda sorang pun nak bagi seat,
yang buat aku lagi sedih, seat tu penuh dengan mereka yang bertudung labuh.
no, aku tak kecam mereka yang bertudung labuh
tapi ada segelintir dari mereka, bilamana merasakan pakaian mereka 
lebih agung dari yang kebanyakan
aku sangat terkesan
mungkin mereka terlalu sibuk berdakwah melalui pakaian
tapi lupa berdakwah melalui perlakuan

so, aha dont be too serious.
ni just random kindness stories

pengajaran kat sini:
1. Jangan mudah ditipu dan tertipu. Dunia ni memang tak seindah yang dijangka. Harta rupa paras menjadi ukuran. Sedangkan maruah boleh di beli, lagikan benda murahan selain harga diri. 

2. Tolong menolong tu penting. Kalau tak harini, mungkin next time. Siapa tau korang boleh jadi macam Anuar Zain dalam video klip Andai Takdirnya? haaa rezeki tu diluar kuasa kita

3. Syukur. Jangan lupa pada yang Kuasa, Jangan kufur nikmat. 

4. Pakaian tak melambangkan tinggi atau rendahnya iman seseorang. Duduk, kenal, sembang, tahu, faham dengan segala apa yang berlaku di sekeliling kita.

oh ya, instagram aku ni 


till then, 
la revende

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**



9 comments

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.