Masalah Gusi Berdarah

Salamualaikum..

harini datang dah mood rajin aku nak menulis.. tetiba idea aku dari harini nak nulis pasal ni tertangguh-tangguh lak..

(aku dah tulis pepanjang tadi, hilang pulak chrome vangang ni.. aihh bengang lak aku.. -_-")

so here we are..

yepp.. masalah gusi sering berdarah.. aku penghidap gusi berdarah.. tapi tak lagi sekarang.. alhamdulillah..

tahap gusi berdarah aku dah macam teruk jugak.. tetiba boleh berdarah tanpa di usik.. kadang makan apple pun, nampak je haa bekas darah.. time berus gigi tak payah cerita..
macam berus luka gamaknya..
bila bangun tidur pulak, mak aihh..rasa macam baru lepas berburu .. if u can imagine .. aku malas nak hurai lebih.. haha


so, one day, aku terfollow sorang dentist kat twitter ni.. 'ter' okay ter lah sangat haha..

aku pun baca la masalah-masalah gigi mostly come dri rakyat malaysia..
doktor tu dah boleh buat statistik 9.5/10 orang yang tanya soalan kat dia mostly pasal gusi berdarah..
nampak tak gusi berdarah tu kita ambik remeh je..

jangan.. kalau korang sayang gigi cepat pegi dentist.. makin lama makin teruk masalah tu..

Masalah gusi berdarah ni berkait rapat dengan karang gigi.
Apa tu karang gigi?

Karang gigi terhasil daripada bekas sisa makanan atau plak yang telah lama terkumpul dan mengeras sehingga boleh menyebabkan keradangan gusi (inflammation gum) dan nafas berbau.

masalah ni terjadi bila lapisan plak yang tidak dibersihkan. Berus gigi tiap hari tak cukup.. memang kena pegi jumpa dentist setiap 6 bulan.. twice per year hocay~

this what we called karang gigi

daripada masalah ni la boleh menyebabkan gusi meradang sebab kotor. haa tengok.. gusi pun pandai meradang kalau kotor.. lagi kan mak kita =P 

Penyakit keradangan gusi atau Gingivitis ni la yang menyebabkan gusi sering berdarah. Gingivitis terjadi disebabkan jangkitan bakteria jugak.. kalau tak di rawat, boleh menyebabkan periodontists yang akhirnya boleh menyebabkan korang kehilangan gigi.. 



untuk kos scaling dekat kerajaan hanya RM 2, tapi kalau korang nak buat dekat klinik swasta range harga dari RM80 - RM300 

yang harga untuk canal root ke cosmetic gigi ke jangan tanya aku.. aku pun tak tau haha


ini la hasilnya scaling. bersihkan gigi.. sumber google

so sama-samalah kita jaga gigi, muka dah lawa, badan dan cantik, takkan nafas berbau pulak kan?

semudah 1, 2, 3 jerr!

*floss gigi sehari sekali
*jumpa dentist 2 kali setahun
*berus gigi 3 kali sehari.. hocayy!

jum fight gingivitis ni.. aku tau ramai yang ada masalah ni tapi anggap as benda remeh.. jumpa doktor cecepat kay.. jangan pegi hospital besar pulak.. g jumpa doktor gigi.. 

serious, dorang ok.. takda yang menakutkan pun macam kartoon yang kita tengok zaman sekolah rendah dulu haha

ni pulak aku payun gamba gigi aku before and after jumpa dentist.. 
sekali kantoi gigi berlubang.. nasib tak teruk lagi.. if korang perasan la.. yang belah kanan ..

jangan perati lelama pulak.. shegan lak aku.. haha



nak baca lebih lanjut pasal gusi berdarah ataupun gingivities ni boleh klik link ni :Fight Bleeding Gum

ok jaga gigi korang elok-elok.. dapat la senyuman yang menawan lepas ni.. ^^

ok aku nak buat benda lain pulak.. baii


La revende, hasta la vista


1 comment

  1. ahaaa alhamdulillah gigi qila ok. thank u for this sistah! <3

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.