Coby the Cat With Beautiful Eyes

pepatah lama ada sebut,

"Dari mata jatuh ke hati"

yepp.. mata merupakan anak panah yang amat bahaya sebab panahannya tepat ke hati. ecehh pepagi aku nak bersastera.

kalau Aishwarya Rai Bachchan has the most beautiful eyes in the world, dalam dunia kucing pulak si Coby ni yang conquer title tu..

//the most beautiful eyes in the world

siapa Coby ni sebenarnya?

Coby ni adalah kucing baka British Sorthair yang berbulu putih salji dan memiliki sepasang mata icy blue yang tersangat lah cantik! 
sobss aku pun kalah.. *nangis bucu tilam
kebanyakan baka ni hanya memiliki bulu yang berwarna grey dan warna mata perang.. 

bukan je ada sepasang mata yang cantik, Coby pun ada personaliti yang buat korang tak jemu nak belik Instagram and Twitter dia.. (tengok kucing zaman sekarang.. majuuu)

ah tak mau sembang panjang, aku sajikan korang gamba Coby ni..

Eye see you: Coby has rocketed to fame on Instagram and has more than 275,000 followers

Me-ow: It's not known where Coby lives, although he is often dressed for the cold in jumpers and scarves

Pawsome: Coby has a big personality and loves tuna and 'stealing covers' according to his Instagram description









meowgawddd!
I'm dyingg! 
Too cute to handle this cutie..

dah la posing kalah model.. cantiknya lahai..^^

cepat follow insta and twitter Coby ni : InstaTwitter

dah aku nak gi kelas dulu..

La revende, 
hasta la vista

Randon Think #3: Sampai Bila Dalam Zon Selesa

Salamualaikum..

aku dah mula minggu kelas.. sepanjang penghujung cuti aku banyak buat marathon movie. Ada certain aku update review, ada jugak yang tak. Kenapa?
emm mungkin sesetengah cerita akan beri impak yang berlainan dekat manusia. haha
but mostly aku tengok cerita yang dah tak ditayangkan..
thanks to torrent, aku berjaya tengok cerita tanpa perlu bersusah payah ke wayang, but its take time la..
just beringat. benda yang baik or sesuatu yang bernilai takkan terhasil dalam jangka masa pendek..


ekceli, berbalik kepada apa yang menyebabkan aku buat title pasal zon selesa, 
last few days, aku tetiba termasuk dalam satu topic perbincangan yang somehow buat aku fikir dua tiga kali..

"Adakah kita terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang, sampai tak buat apa-apa perubahan?"

dengg! *right on the head

permulaan discussion ni yang aku terfikir balik. 

Apa yang aku dah buat untuk diri aku sendiri?
For my parents?
My family?
My religion?
My society?
My country?

Did I already done my best? or just sit and do nothing?

pedih + malu jugak bila di fikir-fikirkan. Dok cakap taknak dok kat Malaysia, but tak sedar diri Malaysia is tanah tumpah darah kita. 
Have u already serve the best for your country? 

then keluarla spekulasi yang menyalak: "Macam mana nak serve kalau dah country penuh dengan orang yang tak bertamadun (bahasa kasar: bangang)?

then, you're the one of them la kan? nak kutuk semua orang and nak lari dari masalah dengan tak buat apa-apa improvement hatta kat diri sendiri pun.. 

Manakan keluar pepatah Melayu, 
"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"
~sebagus mana negeri orang, lebih baik di negeri sendiri

Antara persoalan discussion aku dan mereka pada malam tu, 

1. Adakah kita boleh katakan 90% dari menteri kita melakukan korupsi?
2. Bagaimana nak lead our country dengan menggerakkan tenaga belia which is kita-kita ni?
3. Wujud atau tak perbezaan antara bangsa dan kenapa kita nak rasa bangsa kita lagi bagus dari bangsa lain?
4. Macam mana nak ubah mentaliti masyarakat yang tak habis-habis nak jatuhkan antara satu sama lain?

dan lain-lain..

agak banyak persoalan yang di utarakan. Ada beberapa jumpa jawapan, ada yang tergantung di pertengahan jalan. 

"Itulah pentingnya education"(ala-ala Usop Whelca)

but seriously, didikan yang bukan hanya dilimitkan di sekolah, mampu bukak mata masyarakat yang dah lama hanyut dalam 'keselesaan' which is termasuklah aku. 

nak bina keperibadian manusia, tak sama macam nak bina bangunan. Aku petik kata Datuk Ustaz Kazim Elias, 
"Kalau kita mintak dana untuk bangunkan sebuah bangunan, ramai yang tolong bagi batu-bata, simen semua untuk kita buat bangunan. Bila kata kita nak bangunkan insaniah insan, ramai yang tak nak campur tangan"

sad. 
ingat balik, Rome takkan terbina dalam masa sehari. Salahuddiin al-Ayyubi pun ambik masa nak prepare tentera dan kerajaan yang terbaik untuk Sultan Muhammad al-Fateh..

we need to improve. this is our Era. bermulanya dengan Self-Improvement and jangan ada sikap Dengki. peace

p/s: jangan kecam aku, and aku bukan keyboard warrior,, just utarakan aku punya opinion and hasil perbincangan kecil dari kelompok masyarakat kota yang dah lama tersiksa.. 

Movie Review : Slumdog Millionaire



dengan terbitnya entri ni, maka aku dah pun tengok cerita yang bukak mata dunia terhadap India dan telah banyak memenangi awards which is, Slumdog Millionaire.

first of all, cerita ni di tayangkan pada tahun 2008 cuma aku yang terlebih outdated. Baru ada peluang nak fefeling layan movie lama sensorang.. huehue
so, kenapa sesapa yang dah tengok tu, aku ucapkan tahniah! 
memang cerita ni best + ohsem!

cerita ni jugak femes dengan lagu Jai Ho.. lagu yang mana vokalis utama kumpulan Pussycat Dolls nyanyikan balik dalam English. 

Ikut review IMDB pun still dapat 8/10 bintang. boleh klik SINI
ikut aku, aku kasi 9.5/10 haha

Cerita bermula dengan watak Jamal Malik (Dev Patel) tengah dalam sesi jawab soalan dengan Prem (Anil Kapoor) dalam rancangan "Who Wants To Be A Millionaire?"

Perjalanan cerita yang simple dan senang nak buat kita faham, (which aku baru paham setelah 8 tahun cerita ni) dari setiap soalan yang di ajukan, diselangi dengan perjalanan hidup Jamal Malik dengan abangnya, Salim (Madhur Mittal) yang bermula dari sebuah kawasan yang memiliki populasi tinggi or lebih tepat lagi mereka menetap di slum.
Slum: (an area of a city where poor people live and the buildings are in bad condition)

Dari situ korang dah boleh faham nama cerita tu datang dari mana. 

Dari soalan pertama yang ditanya, siapakah pelakon dalam cerita 'Zanjeer' pada tahun 1973 sampai lah ke soalan yang bernilai 20 juta Rupee, semua Jamal boleh jawab dengan tenang dan coolnya.

dekat soalan pertama ni la Jamal flash back macam mana dia berusaha untuk jumpa dengan idol dia, Amitabh Bachchan sampai sanggup terjun dalam takungan najis sebab Salim lockkan pintu tandas dari luar. hahaha 
(part ni aku terpaksa stop makan.. tak lalu baiii hahaha)

tapi sebenarnya, lepas beliau habis jawab soalan yang bernilai 10 juta Rupee tu, Jamal telah dibawak ke balai polis untuk sesi soal siasat. Dituduh menipu dan sebagainya sebab agak mustahil untuk 'slumdog' boleh jawab semua soalan. Kira Jamal dah berjaya kalahkan doctors, engineers. lawyers yang pernah try main dalam rancangan ni la.. Kebiasaan orang hanya sampai soalan 16 ribu Rupee jer.. haa kauu.. terer bak hang!

yer la.. station tv mana nak rancangan lingkup kalo dah menang sampai berjuta-juta.. 

Setiap scene yang ditayangkan ada nilai tersendiri, dari nilai adik beradik antara Salim dan Jamal, kisah percintaan Jamal and Lutika yang dari kecik sampai la besar bermacam-macam dugaan muncul, sampai la kehidupan real India korang boleh tengok dalam movie ni.

Kesudahan cerita, macam mana Jamal berjaya jawab soalan? Apa kesudahan hidup Salim yang dah terjebak dengan kumpulan gengster India? Apa pulak nasib Lutika yang tak berjaya melarikan diri dari kawasan penculikan budak-budak untuk dijadikan peminta sedekah dan pelacur? 

haa tu korang kena tengok .. alahh sekarang ni download je.. tak payah bazir duit heee
ni aku attach skali trailer..

haa kalo belum tengok lagi, cerita ni sangat berbaloi untuk di tengok..

gtg,
La revende,
hasta la vista





Movie Review : Victor Frankenstein



eh haii..
besar-besar dah aku tepek poster ni guna gam dinosour.. harap korang tertarik la nak tengok. haha
(awkward~)

lama jugak aku sunyi sepi, carik idea nak menulis ni.. last-last aku pegi la dunload segala movie yang dok dalam waiting list aku buat berkurun lamanya. 
aku tengok ada la movie baru, legend antaranya, Pearl Harbour, Pulp Fiction, Good Dinosour, habiskan series Human Season 1 haha pasni aku nak tengok pulak Slumdog Millionaire.. 

uhuks.. cerita yang keluar tahun 2008, baru la ni nak tengok.. sedih kan?

takpa.. sambung balik review untuk cerita Victor Frankenstein ni. 
(movie release Thanksgiving last year, aku dah habes Cap Goh Meh baru nak update.. lameeee..)


Ok. Starting cerita ni pasal seorang hamba (Daniel Radclife) yang dijadikan bahan tarikan kat circus sebab ada ketumbuhan kat belikat dia.. kira macam Hunchback (sila tengok balik cerita kartun Hunchback of Notre Dame) kalau tak tau.. 

  
(eklan jap)

Si hamba ni suka baca buku perubatan and one day Lorelei (Jessica Brown Findlay), penari circus terjatuh masa dia tengah buat show. Jatuh dari tempat yang tinggi yang menyebabkan tulang bahu dia halang saluran pernafasan. 

Hamba ni dah lama syok kat Lorelei, kelam kabut la dia nak selamatkan si Lorelei ni tadi. Maka datanglah watak si Victor Frankenstein (James McAvoy) nak selamatkan jugak si Lorelei yang jatuh tu. 
Menggunakan akal fikiran yang banyak mentelaah buku perubatan, Si Hamba tu mintak jam poket Victor untuk betulkan balik soket bahu Lorelei sekaligus nak selamatkan Lorelei yang tak boleh bernafas di sebabkan tulang yang terkehel. Akhirnya, Lorelei berjaya diselamatkan.

Maka, dari situ la Victor sangat impress dengan si hamba ni tadi and bawak dia lari ke rumah dia dan diberi nama Igor sempena nama kawan dia yang tak berapa nak wujud. 
Sesampai je dekat rumah tu, Victor terus sedut segala fluid belakang si Igor yang menyebabkan beliau jalan terbongkok-bongkok. Sedut dengan pekakas la, bukan men hisap je.. gg geli guwa gitu.. haha

Pas habis Victor rawat Igor, maka Igor pun kemaskan diri dia nampak neat dan handsome. (dah boleh berdiri normal dahh!)
Disebabkan terhutang budi dekat Victor, Igor ni sanggup buat apa saja demi Victor. 

One day Victor tunjukkan hasil eksperimen dia. Dia berjaya hidupkan kembali sepasang mata. Victor pun cerita la matlamat dia buat segala eksperimen tu untuk hidupkan balik orang yang dah mati. Igor agak eksaited dan sanggup tolong Victor untuk merealisasikan matlamat beliau. 

Dan bermulalah segala eksperimen mereka yang pada mulanya hanyalah cantuman beberapa komponen dan organ binatang dalam bangkai chimpanzee dan akhirnya berjaya menghidupkan bangkai tersebut. Tapi malangnya eksperimen diorang menemui kegagalan apabila subject (chimpanzee) tu mengganas dan terpaksa di bunuh. 

Dari situlah Victor Frankenstein and Igor buat research balik dan still dengan matlamat yang sama, nak hidupkan kembali manusia yang telah mati. That creature must has long life. So that, dorang pun double-double kan segala organ dalaman manusia. 
2 Hearts
2 sets of Lungs
The size is 2x bigger than average human.

Tanpa pengetahuan Igor, rupanya Victor telah menyimpan mayat abangnya, Henry Frankenstein yang telah mati dalam ribut salji masa dorang main kecik-kecik dulu dalam umur Victor 10 tahun. 
Tu yang Victor bersungguh nak hidupkan balik abang dia. 

kesudahanya? haa yang tu korang kena tengok sendiri. 
yang pastinya lakonan mantap si Victor Frankenstein sampai mereceek korang boleh tengok dengan jelas. haha

cerita mad scientist zaman Europe dulu ni sangat tak mengecewakan buat peminat cerita Victor Frankenstein. cuma dragging sikit la.. 
cerita ni aku kasi 3.5/5 bintang.  boleh jugak tengok trailer di bawah :



Rating IMDB: 6.1/10


ok. jap lagi aku bagi trivia Victor Frankenstein, before tu cuci mata dulu tengok hasil ciptaan Victor ni. 

yang ni versi kartun (and dah bertaubat)

tadaa ini laa diaa hasil ciptaan Victor Frankenstein.. 


horite untuk trivia pulak :

  • Victor Frankenstein adalah watak dari novel Frankenstein; or The Modern Prometeus yang di hasilkan pada tahun 1818 oleh Mary Shelley
  • Mempunyai 2 adik lelaki, Ernest Frankenstein and William Frankenstein
  • Nama Henry merupakan panggilan kepada beliau juga mempunyai teman rapat yang bernama Henry Clerval. 
  • Mempunyai anak yang diberi nama Wolf Frankenstein hasil perkongsian hidup dengan Elizabeth Lavenze (merangkap isteri dan sepupu)
  • Asal nama Frankenstein di inspirasikan dari sebuah istana, Burg Frankenstein yang terletak di Pergunungan Odenwald menghadap bandar Darmstadt, German
  • Makna Frankenstein dalam German ialah, "Stone of the Franks". 
  • Cerita pertama mengenai Victor Frankenstein yang di tayangkan secara tidak rasmi pada tahun 1910, produced by Thomas Edison. (guess who? Saintis yang buat lampuuu!! tak percaya boleh baca elok-elok kat sini Thomas Alva Edison (Other Inventions and Projects > Motion Picture > Rangkap ke-6)

ok cukuplah 7 trivia yang dah buat aku mind-blowing.. kalau nak tau lebih lanjut, sila la cari yaa.. 
whatever it is, cerita ni best.. !

aku nak tengok Slumdog Millionaire pulak.. 

La revende, 
hasta la vista. 



25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY



Salamualaikum fellas^^

hmm jadinya aku buat entry ni sebab aku harap dapat sebarkan lagi happiness kepada seluruh Galaksi Bima Sakti .. ok jujur.
aku kena tag senanya  =_= hahaha tapi nampak cam aku tengah free sekarang so, aku sebarkan je la lagi kepada sesapa yang nak .

yang jadi tukang sebarkan virus ni kepada aku is Yuha Adie, klik nama dia untuk baca entry dia pulak. 

Syarat yang simple:

 Buat satu post dan letak gambar di atas dalam post entry
 Bagitau siapa yang tag korang
 Senaraikan 25 perkara yang buat korang happy tak ingat dunia (dalam bahasa apa pun boleh janji boleh describe kebahagian korang)
 Lepas jawab tag 5 blogger dan pastikan dorang tau
 Last sekali kongsikan favorite quote korang.. [tiada paksaan]


ok here we are.. jenjejengg 25 benda yang buat aku happy /akan happy/ pernah happy.. (lebih dari tu pun aku boleh senaraikan XD)

  1. Makan tanpa risau gemuk
  2. Makanan sedap yang free
  3. Lepak rooftop sambil tengok bintang
  4. Internet yang laju sepantas kilat
  5. Travelling 
  6. Lepak dengan le siblings and gelak dgn le family
  7. Panorama belakang rumah sewa aku
  8. Suasana nak hujan dan air hujan
  9. Lagu and movie yang #deep
  10. Belajar tanpa di ukur dengan pointer mahupun grade
  11. Dapat duit dari usaha sendiri
  12. Belanja family aku makan/shopping/travel
  13. Bagi sedekah dekat orang di kaki lima (kadang aku sedih kalo takda bajet TT)
  14. Dapur yang neat and tidy!
  15. Masakan aku menjadi and sedap seperti yang diharapkan
  16. Ada rumah sendiri (studio minimalist style)
  17. Buat segala benda tanpa ada orang judge (haha!)
  18. Jumpa Japanese General *lompat sampai Milky Way^^
  19. Qada' tidur lepas 2 hari jadi zombie
  20. Shopping tanpa bayar!
  21. Jumpa member yang berkurun dah asyik bertandang dalam mimpi
  22. Belajar benda baru dan berfaedah
  23. Adventure sports: Skydiving, paragliding, bungy jumping hoho
  24. Cuti (ofkos!)
  25. Bila Najib letak jawatan. Kesian aku dengan Malaysia ni.. 

orang yang aku tag untuk meneruskan virus happy ni: 




 Qila / Kim Cha / Mimi Bella / Leya / MD


Favorite quote: 



ok done.. kepada sesapa yang kena tag tu share-share la link kayy.. aku pun nak jugak tau camna nak buat korang happy *wink

and kalau ada yang sudi nak meng'happy'kan diri.., boleh jugak share link kat bawah kayy

ok sampai sini je

wasalam..
La revende,
hasta la vista


Hada Labo : Softening & Whitening Face Wash for RM 10

Baru baru ni aku tukar pencuci mula tanpa ada reason yang kukuh. Jadinya aku dah terbeli pencuci muka Hada Labo ni.. Aku beli sekali dengan trial/travel set.. Tapi tak ngam dengan muka aku..

Jadinya daripada membazir aku buang ke dalam tong sampah (beli mahai kut) aku drop kan price jadi hanya RM 10.

Yang pencuci muka ni aku tak guna/ tak bukak lagi pun.. Sayang je rasa.. Kalo la muka aku ngam pakai, rasanya dah jadi kulit muka orang Jepun barangkali.. Haha


Ada sesapa pengguna Hada Labo tak? Meh comment lat bawah meh..
Harga exclude postage.. And memang ada satu ni je.. Jangan tanya aku pencuci muka lain..





Comelnya Mr. Nuffnang

hhahaha sama ada aku yang terover eksaited ataupun memang nuffnang ni kiuttt

before ni nuffnang punya banner segi empat tegak macam kita tau.. dan kali ni design dia berubah jadi bulat yang comel siap caption yang buat aku tersengih hahaha

jadi bangga jap ehemm..



so, mana-mana yang singgah blog aku jangan lupa klik-klik Nuffnang yang kiut miut nihh hocay.. ?


Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Giveaway Sugarscarf by zeeralily


Seperti yang dijanjikan juga, here there goes... Second giveaway by zeera lily



SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

Random Think #2 Jam Paling Mahal Di Dunia

haluu.
aku tak tau kenapa aku obses sangat dengan jam.. serious bagi aku jam is the most detail and important thing yang mesti ada kat setiap orang.
tak kira la orang tu nak pakai jam dinding ke, jam poket ke, atau segala jenis jam yang ada dalam dunia..
tapi jam tetap memainkan peranan yang satu which is, menunjukkan waktu..


Most Expensive Watches in the World 2014-2015-2016 the world's most expensive watch 2014 BREGUET GRANDE COMPLICATION MARIE-ANTOINETTE priced at 30 million dollars read more on ealuxe


dah masuk zaman kebosanan ni, aku godek-godek la Inche Google.
sebelum tu aku godek card limited edition by American Express.
sumpah err lawa la kut tapi memang premium gila siapa yang ada kad ni..

diberi nama Black Card / Centurion Card (correct me if I'm wrong)


camni la rupa kad nya.. just black.. naice~

benefit yang tersangat banyak tapi bukan senang tauu nak dapat.. paling-paling dalam account mesti ada $250k per year, roughly $21k per month and at least dah setahun jadi significant card holder untuk Amex ni,, as info tambahan initiation fees is $5k and annual fees $2.5k 

suka aku nyatakan kat sini nilai yang dimaksudkan adalah dalam dollar america yaa... menangis la kita yang ekonomi tengah merudum ni.. TT

ehh dah dah.. aku nak tulis pasal jam sebenarnya.. nak baca lebih aku letak link kat SINI


macam gambar yang korang tengok memula tu.. itulah pocket watch yang di craft istimewa untuk French Queen, Marie Antoinette. 

Most Expensive Watches in the World 2014-2015-2016 the most expensive watch in the world 2014 BREGUET GRANDE COMPLICATION MARIE-ANTOINETTE priced at 30 million dollars read more on ealuxe done



tempoh pembuatan ni cecah 45 tahun. Dibuat oleh Abraham-Louis Breguet pada tahun 1782 dan siap sepenuhnya pada tahun 1827 oleh anak beliau,  selepas 4 tahun kematian ayahnya. 

Hasil 45 tahun pembuatan jam ni, maka terhasil lah satu ciptaan yang berkualiti dan berteknologi tinggi which is jam ni possible untuk hidup abadi. (ayat aku bermetafora.. TT) 


the most expensive watch in the world 2014-2015-2016 BREGUET GRANDE COMPLICATION MARIE-ANTOINETTE priced at 30 million dollars read more on ealuxe

\
mana tak mahal, jam ni menggunakan emas, and sapphire (nilam, bukan Nilam Sari kayy) 
barang-barang ni bukan jer mahal tapi berguna untuk buat jam ni jadi immortal!

tapi sayangnya, Maria Antoinette tak sempat nak tengok jam ni sebab jam ni di siapkan 34 tahun selepas beliau dijatuhkan hukuman (salah apa, aku tak godek lagi), tapi for sure, dia mesti kagum gila-gila la dengan jam ni..

aku yang tengok pun perghhh.. (maafkan aku yang terober eksaited)

sejarah jam ni pun boleh tahan hebat, pernah dicuri pada tahun 1900's and dapat dikesan semula pada tahun 2007. 
oleh sebab dia merupakan barangan yang berharga and hampir semua penggemar jam nak jam ni jadi koleksi diorang, jadinya nilai jam ni dah jadi $30 Million pada 2014. 

tapi aku rasa takkan dijual kut. dah jadi harta negara.. 

sekarang jam ni dikawal rapi dia L.A Mayer Museum. Sesapa yang dekat boleh la usha jam ni.. 
serious cantik gilaaa

aku sertakan sekali video.. bagi korang cuci mata sat.. 




just pesanan ringkas dari aku:

barang mahal lagi bermutu bukan sehari dua nak buat. Terhasilnya pun dari barangan yang memang sah-sah berharga tinggi. 

jadi fikir-fikirlah korang nak buat apa dalam dunia ni.. 
sama ada nak jadi macam jam paling mahal di dunia, ataupun jam yang dijual di kaki lima.. 
korang berhak tentukan.. 

*sipping on my yakult, sambil betulkan kacamata.. 

Sekian, 
wasalam

La revende, hasta la vista..



Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.

!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian

#First Giveaway by Shazhoniee


yeayy! ada giveaway lagi..
hadiah best wehh

klikk banner untuk join^^

kena tag:

1 /  2

ok done!

all the best semuaa

Masalah Gusi Berdarah

Salamualaikum..

harini datang dah mood rajin aku nak menulis.. tetiba idea aku dari harini nak nulis pasal ni tertangguh-tangguh lak..

(aku dah tulis pepanjang tadi, hilang pulak chrome vangang ni.. aihh bengang lak aku.. -_-")

so here we are..

yepp.. masalah gusi sering berdarah.. aku penghidap gusi berdarah.. tapi tak lagi sekarang.. alhamdulillah..

tahap gusi berdarah aku dah macam teruk jugak.. tetiba boleh berdarah tanpa di usik.. kadang makan apple pun, nampak je haa bekas darah.. time berus gigi tak payah cerita..
macam berus luka gamaknya..
bila bangun tidur pulak, mak aihh..rasa macam baru lepas berburu .. if u can imagine .. aku malas nak hurai lebih.. haha


so, one day, aku terfollow sorang dentist kat twitter ni.. 'ter' okay ter lah sangat haha..

aku pun baca la masalah-masalah gigi mostly come dri rakyat malaysia..
doktor tu dah boleh buat statistik 9.5/10 orang yang tanya soalan kat dia mostly pasal gusi berdarah..
nampak tak gusi berdarah tu kita ambik remeh je..

jangan.. kalau korang sayang gigi cepat pegi dentist.. makin lama makin teruk masalah tu..

Masalah gusi berdarah ni berkait rapat dengan karang gigi.
Apa tu karang gigi?

Karang gigi terhasil daripada bekas sisa makanan atau plak yang telah lama terkumpul dan mengeras sehingga boleh menyebabkan keradangan gusi (inflammation gum) dan nafas berbau.

masalah ni terjadi bila lapisan plak yang tidak dibersihkan. Berus gigi tiap hari tak cukup.. memang kena pegi jumpa dentist setiap 6 bulan.. twice per year hocay~

this what we called karang gigi

daripada masalah ni la boleh menyebabkan gusi meradang sebab kotor. haa tengok.. gusi pun pandai meradang kalau kotor.. lagi kan mak kita =P 

Penyakit keradangan gusi atau Gingivitis ni la yang menyebabkan gusi sering berdarah. Gingivitis terjadi disebabkan jangkitan bakteria jugak.. kalau tak di rawat, boleh menyebabkan periodontists yang akhirnya boleh menyebabkan korang kehilangan gigi.. 



untuk kos scaling dekat kerajaan hanya RM 2, tapi kalau korang nak buat dekat klinik swasta range harga dari RM80 - RM300 

yang harga untuk canal root ke cosmetic gigi ke jangan tanya aku.. aku pun tak tau haha


ini la hasilnya scaling. bersihkan gigi.. sumber google

so sama-samalah kita jaga gigi, muka dah lawa, badan dan cantik, takkan nafas berbau pulak kan?

semudah 1, 2, 3 jerr!

*floss gigi sehari sekali
*jumpa dentist 2 kali setahun
*berus gigi 3 kali sehari.. hocayy!

jum fight gingivitis ni.. aku tau ramai yang ada masalah ni tapi anggap as benda remeh.. jumpa doktor cecepat kay.. jangan pegi hospital besar pulak.. g jumpa doktor gigi.. 

serious, dorang ok.. takda yang menakutkan pun macam kartoon yang kita tengok zaman sekolah rendah dulu haha

ni pulak aku payun gamba gigi aku before and after jumpa dentist.. 
sekali kantoi gigi berlubang.. nasib tak teruk lagi.. if korang perasan la.. yang belah kanan ..

jangan perati lelama pulak.. shegan lak aku.. haha



nak baca lebih lanjut pasal gusi berdarah ataupun gingivities ni boleh klik link ni :Fight Bleeding Gum

ok jaga gigi korang elok-elok.. dapat la senyuman yang menawan lepas ni.. ^^

ok aku nak buat benda lain pulak.. baii


La revende, hasta la vista


Random Think #1 Judgement

Salamualaikum..

harini dah tak kerja, so aku pun nak update satu entri pasal judgement.
mungkin serius sikit kut entri kali ni..
(mungkin..hahah chill-chill aku saje je)

emm korang pernah tak lalui situasi ni?

Situasi pertama:
Korang pakai baju simple je, cukup memadai tutup semua aurat tapi tak ikut trend pemakaian zaman sekarang masuk kedai ternama pastu sales girl bagi pandangan banyak punya sinis lagi jijik macam korang tak layak jejak kaki kat kedai tu laa!

//lebih kurang pandang macam ni, tapi tak secomel kucing ni..

or,

Situasi kedua: 
Korang pegi kedai makeup, skincare or mana-mana produk yang jual barangan kecantikan but tengok sales girl dia muka macam tembok pecah, sampai korang terkejar-kejar keluar lelaju dari kedai tu macam nampak makhluk yang sungguh menakutkan! maigawdd!

//korang terkejut sampai buat muka macamni.. 

or,

Situasi ketiga:
Korang join team budak-budak usrah or study dekat tempat yang basically agama is the first thing kalau exam agama failed memamg tak layak masuk, tapi perangai manusia yang dalam team or tempat macam ni serupa korang belajar kat london, pegi kelas pakai pakaian sampai sapu lantai tapi sayangnya habis kelas keluar malam dengan pasangan masing-masing. Dalam erti kata klasik, berjimba dekat kelab. 

tapi bila korang join satu group yang nampak macam takda hala tuju, masing-masing tak tau solat ke tak, dengan family yang tak tau hujung pangkal but suddenly one day dorang sembang dekat kedai mamak pasal isu hudud siap dengan hujah dalil semua sahih, sampai korang sendiri pun ternganga tengok 'sampah' yang di anggap masyarakat tu lebih arif dari diri korang sendiri. 

if, dua jenis manusia yang aku statekan dalam situasi ni, kalau dorang bagi nasihat kat korang, jenis manusia mana yang korang akan ambil nasihat yang diberi? 

// agak kompius soalan yang diberi.. hmm

based on situasi dan soalan kat atas, selama hidup korang penah tak rasa, lalui, hadap.. 
penah tak? 


aku pernah. 
sampai aku naik stress fikir.. lagi-lagi situasi yang ketiga. haha

bagi aku situasi yang pertama tu, mungkin sales person untuk branded shop ni memang diajar untuk pandang mata senget sebelah kasi sinis je kat orang.. biar orang tu rasa diri dia hina.. Why?
sebab manusia ada satu sifat yang konfhem tak nak kalah!
bila dorang bagi pandangan macam tu, for sure korang rasa macam, 

"I banyak duit hokay, You ingat gaji you mampu ke nak beli semua ni? Ntah-ntah gaji you lagi kecik dari bibik I."

then korang pun hangkut semua sekali koleksi yang ada dalam kedai tu sampai berjuta nam.. 
sedar tak sedar, korang dah terover spent and sales person tu dapat sale tinggi.. 
konklusinya, korang jugak yang rugi and si sales person tersenyum sumbing sampai nampak semua gigi sebab dapat banyak gaji.. 

tapi kalau aku dorang pandang macam  ni, aku blah je dari kedai tu.. sebab aku memang takda duit pun.. and aku memang takkan masuk kedai branded.. cukup je la kedai biasa-biasa.. jangan membazir tu lebih baik.. 

sales person je kut, buat apa nak tanding ngan dia.. u've much better thing than fight macam budak tak matured.. (just sayin~)

close untuk isu situasi pertama, ok masuk ke situasi kedua. 
ni berkenaan orang yang serve korang, tak seperti produk yang dijual. 
aku pernah jugak lalui kejadian ni. 

adala masuk satu kedai skin care, sekali yang serve mak aihh.. tak kondifen aku nak beli haa.. terus senyum and cabutt! hahaha
malas aih nak cakap banyak,. jahatkan aku.. huhu

jump to third situation, 
yang ni memang agak berat. tapi aku tak tujukan kat sesapa.. 
just benda yang lama berhabuk sepi dalam otak aku.. tiba masa untuk nak keluar harini..

pada aku, untuk share satu kesulitan and masalah yang dihadapi, kita kena share dengan orang yang paling dipercayai. 
maksud dipercayai ni, korang boleh terima sikap and watak dia.. 
orang yang korang dah anggap as kawan.. bukan setakat kenalan. *ada beza ok

jadi terpulang dekat korang nak dengar cakap and nasihat yang siapa.. of course decision memang terletak di tangan korang, pandangan / nasihat bukan bermaksud keputusan. 
don't lets others to control your ship.. let yourself be the captain.. 

tapi Rasulullah pesan, kalau orang yang bagi nasihat tu even pencuri sekalipun tapi nasihatnya baik, dengar nasihat nya.. kita ambil nasihat bukan judge siapa yang bagi nasihat.. 

somehow kita selalu berdepan dengan Mr/Miss- Know-it-All .. bagi aku, orang macam ni, dengar boleh percaya jangan. 
nak percaya atau tak, tu terpulang kepada individu.. hak kepercayaan korang yang punya..
(serious gak aku nulis ni.. haha)

ok lets end up benda ni.. 

kenapa aku timbulkan situasi-situasi di atas? 

sebab aku perasan, manusia which is aku sendiri, memang tak lari dari sikap suka judge orang dari penampilan.. kita tak tahu life seseorang tu macam mana, tapi hati kita mesti terdetik something tak kira baik atau jahat.. lebih kurang macam judge statement..

isu paling simple bila perempuan pakai tudung: 

tengok orang ni lawa pakai tudung simple belit-belit, : "Huntong la lawa.. pakai apa pun cantik.. ni mesti pakai produk kecantikan sekarang.. biasala sekarang nak cantik semua makan pill"

tengok orang pakai tudung labuh and niqab,: "Ustazah..ustazah.. konfhem alim ni.. "

bila perempuan pakai tudung bawal biasa staright ke bawah pin bersusun,: " ehh zaman bila punya tudung kau pakai ni? macam mak nenek dah aku tengok *then gelak jahat"

last sekali, bila girl tak pakai tudung,: "harap je islam, tudung tak pakai.."

serious. sedar tak sedar, orang tu dah kena judge.. kesian kan? 

semua orang akan ada perasaan tu? tak percaya? 
cuba lalui situasi yang aku statekan dekat atas tanpa ada rasa nak 'talk-back' belakang orang-orang macam tu.. 
tak ada rasa nak talk back? 
alhamdulillah..
moga hati korang bersih dan sentiasa dalam perlindungan Allah. 

macam mana aku come up dengan isu ni? 

haa  ni aku nak story jugak.. aku gi dental clinic.. 
and aku bet dah nama klinik gigi kan, semua la mesti ada gigi lawa.. 
see? aku dah judge semua orang kat situ..
ermm paham tak?

dah aku tinggalkan korang dengan segala teka teki, (if ada la haha)
kalau takda alhamdulillah..

nahh.. quote pembuka bulan Februari ni


moga kita sentiasa bersih dari berprasangka yang bermacam-macam..

Wasallam..

La revende, hasta la vista

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.