Lip Kit by Kylie Jenner


|UPDATED|
Please visit HERE, to purchase your Authentic Kylie Lip Kit =D 


tengah tengah tak berapa nak sihat ni la mata aku nak tatap benda-benda perempuan camni.. haha
elehh selalu jer belek zalora nile.. tipu jer cakap belek waktu tak sihat haha

girls kan.. tak benda cute, makeup, tak makeup, baju, tak baju seluar kain tudung langsir sofa semua la nak update.. paling tidak pun mesti nak yang something yang buat tambah confident diri.

so untuk bab ni, aku not a big fan of makeup plus aku memang tak reti nak pakai. aku pernah try, ok pernah try main tepek-tepek kat muka, last last aku rasa kening da macam Hagemaru, mata punya part dah macam takda masa depan then muka aku terus rasa awww itchynyaa!

aku pun tak tau muka aku ni jenis cam mana. Kalo tak pakai apa-apa ok jer.. alham dulillah natural beauty tu lagi cantik sebenarnya.. (dedicated to all girls yang confident dengan muka sendiri ecehh perasann kejap) ^^

tapi yang aku tak boleh lepas is, something yang berkaitan dengan lipbalm, lip tint and lipstick.

lipbalm memang penting, kalo tak nak rupa bibir macam desert yang kering kontang (my lips cepat kering, tapi aku tak la duk touch up touch up kalo kering.. just banyakkan minum air)

yang liptint yang seangkatan dengan liphop tu aku suka pakai sebab looks natural compare to lipstick.

lipstick ni sebagai penaik seri kalo pegi event or some place yang perlu jumpa orang.. (ai tak konfiden la nak pegi dengan bibir pucat.. hahaha)
pemilihan warna pulak aku suka yang serasi dengan aku, mostly aku akan pilih matte compare to shiny shiny.. serious tak ngam dengan aku

intro pun dah panjang jadi masuk ke perenggan isi pulak..


baru baru ni Kylie Jenner releasekan product Lip Kit by Kylie Jenner yang tersangat lah meletopss di pasaran sampai harga satu lip kit ni di Ebayy mencecah $10, 000 hocayy! and it sold out dalam masa 30 seconds jer TT


                                 

convert duit malaysia, selesai majlis kawen ala-ala anak tan sri tak pun dapat beli dryer 40kg, mesin basuh 20kg, peti ais 7 pintu, set meja makan marble 12 kerusi (biar makan hujung ke hujung), travel pusing dunia!

perghh.. banyak sangat mimpi aku ni..

sebenarnya membawa hati yang rawan kerana harga lips kit tu tersangatlah tak relevan. haha tak pa lipgloss Sugarbelle pun aku tak terbeli lagi.. sabar duhai hati *nangis tepi katil

ok sambung cerita kita tadi..

Lip Kit Kylie Jenner ni di datangkan dalam 3 warna 'suam bumi' atau bahasa eklannya warm earth..
look nice ekceli






di datangkan dengan color seperti yang korang tengok gambar kat atas ni.
di bagi nama as Candy K, Dolce K, True Brown K.. (which one aku tak berapa sure)


ni la lip kit yang mampu menceceh $10, 000.. di datangkan sekali dengan lip liner. so dun worry kalau bibir korang nipis ke tak berapa nak sexy, yakin lah dengan lip kit ni korang boleh kelihatan gojes macam Kylie Jenner!


aku harap bila pakai tak rasa 'berat' la sebab aku pernah test satu brand ni dekat watson.

mak aihh..
rasa 'berat' tu sampai rasa malas nak bukak mulut.. warna pun tak ada la berapa lawa.. brand apa aku pun lupa..

nak tau jugak?
jadi lah macam aku.
aku suka try lipstick, lipbalm, lipgloss dekat watson.
tapi aku tak ambik bawak pulang.
aku tak jahat.
jadilah macam aku...

hahahaha tak habis habis trolling ni..

but seriously, kalau mampu, if mampu la ehh.. boleh la try lip kit ni..tapi tunggu restock la.. kalo nak beli sekarang memang tengah harga sembelih.. tapi serious lip kit ni nampak ohsem..
antara sebab aku cakap ohsem:

1. Tak melekat di cawan waktu minum
2. Tahan lama (kalau nak touch uo, just put veselline or lipbalm sikit)
3. Nude colors  yang serasi dengan semua warna kulit

yang lain-lain korang boleh observe dengan video kat bawah ni...




ok aku nak sorok bawah katil nanges sebab tak beli Sugarbelle lagi sobss sobss..

eh btw, mesti ada yang tertanya tanya siapa Kylie Jenner tu kan..

hmm dia tu billionaire.. adik beradiknya family Kardashians.. kalau tengok Keeping Up with the Kardashians memang kenal la dia ni..

nak follow up, boleh la carik dekat official website dia sini:  Kylie Jenner
or nak baca pasal dia dalam wiki boleh tengok sini :  Kylie Jenner Wiki


aku nak sambung balik meratapi Sugarbelle yang tak terbeli ni..


La revende,
hasta la vista

10 comments

  1. apakah kerja dia ni? nice wok kalo xlekat kat cawan.. T.T

    ReplyDelete
  2. hek eleh igt dia dah beli hahaha qila pun nk nangis tepi bucu katil hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mau nak beli sekarang harga tengah mencekik tulang sulbi.. kalo beli mesti kena soal dapat duit dari mana.. hahaha

      Delete
  3. btw we are so sisters :(
    sumpah tak confident oh keluar pucat hm
    kalau confident pun kan, mesti org tanya

    EH KENAPA PUCAT NI?
    EH DEMAM KE?
    EH SIHAT KE?

    EH AKU TAMPAR KANG
    hahahahaha maghoh maghoh. hahahaha
    hugs!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. soalan yang paling obvious hahaha but penah kena tegur ngan member laki cakap reti pulak pakai lipstick since dia selalu tengok leyha confident bare face.. hahaha

      Delete
  4. Mm akkk, nak tanya kak leyha beli kat mana eh kylie lip nih.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak, i didnt own it yet. but i still searching for trusted seller yg jual lip kit ni. mybe awak boleh usha ig @makeupjunkmalaysia since dorg ada ready stock authentic kylie kit, rm 200 =D

      Delete
  5. How much the price of real one dolce K?

    ReplyDelete
  6. real dolce k $29. convert to myr maybe rm145. please visit @fateha.co since the seller will buy for u the original lipkit. =D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.