10 Questions From AnaBiha

Salamualaikum,
sempena hari cuti ni aku layan soalan-soalan dari Cik AnaBiha

oh ya, tengkiu tag aku.. Soalan-soalan dia pun leh tahan haa..

nak tau apa Cik AnaBiha ni tanya?
meh aku share


1. Perkara paling jahat yang pernah korang buat? Prank kengkawan ke?

2. Kalau makan aiskrim suka makan dengan cara macam mana? Kalau aku, aku suka makan aiskrim dengan buah strawberry dan nyatakan perisa kegemaran.

3.Pendapat tentang orang yang suka mencarut...

4.Kalau anda gemuk, anda suka tak? Atau cuba nak kuruskan kembali badan?

5. Kalau diberi RM1 juta nak buat apa dengan duit tu?

6.Rumah idaman? Hehehe...

7.Pendapat tentang umat Nabi Muhammad pada zaman sekarang?

8.Macam mana nak earning duit?

9.Apa yang patut aku tambah dalam blog ni?

10.Tahun 2016 ada dekat mana? Buat apa?


haa tu la questions yang ditanya

ok cik AnaBiha..

nak tau jawapan eh?
ok..

sini aku jawap.. hihi

1. Perkara paling jahat aku penah buat pun aku tak tau nak cerita yang mana satu.. haha banyak sangat. (nampak benar jahatnya)

kalo prank orang tu, ada la jugak tapi tu tak kira jahat lagi ngeh ngeh..

2. Aku bukan suka sangat makan aiskrim.
Cuma certain masa bila aku craving ice cream, pilihan utama aku akan makan ice cream kon (Walls Selection or Kit Kat) mostly perisa chocolate and WAJIB ada almond, hazelnut, segala kekacang or something yang crunchy untuk aku kunyah =D

(tapi kalo tight budget aku akan amek ice cream solero yang hijau tu je.. tak pun rainbow.. ok jugak.. tapi aku tak dapat makan sampai habis.. gigi sensetip u know grr.. sejuk.. )

3. Orang yang suka mencarut ni aku kategorikan dalam 2 jenis.
Satu jenis, dia akan mencarut bila dia betul-betul terpaksa mencarut (masa marah)
dan satu lagi memang itu bahasa basahan dia..

Bagi aku, aku still ok lagi if bahasa carutan dia control tak bertubi tubi keluar and paling penting bukan ditujukan kat aku.

Tapi kalo bahasa dia mak aihh, dari 1 ayat dia, hampir 99% adalah carutan.., aku angkat kaki dulu.. bai..!

4. Perempuan dan gemuk.. haha benda sensetip kut.. and aku TAK SUKA diri aku gemuk..
Kurus sangat pun tak jugak.. aku suka yang sedang-sedang.. aku jenis yang kalau rasa yang badan berat sikit, cepat-cepat buat workout..

buat la apa pun, push up ka, sit up ka, sesimple plank tu ka, bergayut dekat pintu and segala lompat bintang bulan langit tanah tu semua aku buat.. janji aku burn mana lemak-lemak yang baru nak buat rumah dalam badan aku..

tapi tu depends on mood jugak haha

5. Buat apa eh? Emm first thing first aku akan cari dari mana sejuta tu datang. Agak mustahil nak dapat sejuta sekarang ni..

6. Penthouse untuk kat bandar, and cruise! haha teringin nak ada rumah atas laut. dan yang paling penting, aku nak design rumah aku sendiri ofkos!

but dari segi islamiknya, aku nak kubur yang tenang dan damai.. aamiin

7. emm ni soalan agak berat..
ikut pendapat aku, dunia sekarang akhir zaman. Apa yang terjadi sekarang semua dah tertulis dalam Quran. Kita perlu bersiap sedia untuk hadapi Rukun Iman yang kelima.

8. Usaha. Usaha dalam segala benda yang kita mampu dan reti buat. Tak reti pun boleh belajar =D

9. haa bercakap pasal benda yang perlu ditambah and earn duit, kenapa aku rasa macam blog Cik AnaBiha ni takda Nuffnang? (eh tertanya soalan pulak)

tambah Nuffnang!

10. Tahun 2016 tak sampai lagi... flight delay kut. aku pun tak sure ada kat mana =P

ok serious. aku tengah mereput kat office.. budak praktikal kan..


Done!
dah selesai jawab Cik AnaBiha punya soalan,

so aku bukak 10 soalan pulak dekat blogger-blogger lain!

  • Share azam tahun baru korang. Nak tau jugak!
  • Main Dota 2? Apa pandangan korang kepada gamer especially perempuan.
  • Aku nak buat giveaway. Yay or nay?
  • Pernah kerja sambilan? Kerja apa?
  • Apakah benda yang dibeli lepas dapat first salary dalam hidup?
  • Kereta idaman haaa...
  • Lagu trending/favorite 
  • Share sikit memories terindah dan bad yang terjadi tahun 2015
  • Negara mana yang paling korang nak pegi melancong/mastautin/menetap? Kenapa? 
  • Komen ikhlas untuk blog aku =P 


ok done! aku rasa macam nak bukak soalan umum.. tapi takpa la, aku terlebih rajin nak mengetag orang malam ni

jadi..
mangsa tag aku adalahh


dan terbukak jugak untuk sesapa nak join yea.. sila-sila jawab kalau nak..
aku baca jugak mana yang korang jawab tu ehh..

nak jawab pun, buat entri boleh.., kat bahagian komen pun aku alu-alukan.. thanks so much!

sesapa yang ada soalan lagi boleh tanya kat aku time aku cuti ni.. in sha Allah aku jawab
(soalan takmau yang pelik-pelik naa)

Wasalam..

La revende, 
hasta la vista

11 comments

  1. Well perempuan sensitif dengan gemuk ni!hahahaha. Ais krim tu samalah pilihan kita hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. paling tak suka bila orang tu dah macam lidi tapi dia cakap diri dia gemuk.. rasa macam kita ni berjuta kali gemuk dari dia.. duh!

      Delete
  2. Hahah..nanti ada masa sy reply eh XD

    ReplyDelete
  3. Makaseh tag .. nanti saya jawab ehhh :D

    ReplyDelete
  4. hi nice sharing done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  5. done jawabbbb..hehee, btw nk panggil nama awk ni ape ye
    http://fardiyah.blogspot.my/2016/01/10-questions-dari-blogger-hikayat-leyha.html

    ReplyDelete
  6. just leyha.. =D thanks sudi jawab ^^

    ReplyDelete
  7. just leyha.. =D thanks sudi jawab ^^

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.