Dari Kampus ke KLCC

Salamulykum =D

setelah berhempas pulas siapkan final project ahernya sekarang baru rasa free~~
sebulan bulan jadi zombie. makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.
risau oo..


dan ahernya,
alhamdulillah.. semua dah selesai.

kali ni aku nak sapu habuk-habuk yang dah bersarang dalam belog ni.

nak cerita pulak pengalaman merdeka yang sekian lama hilang semenjak jd budak archi ni.
isk isk~

Lepas habis presentation final project, aku banyak habiskan masa dengan qada' balik semua tido. Jadi segala manusia yang cuba hubungi aku pada masa tu memang takkan dilayan.
Bukan pilih kasih. Even mak aku sendiri call pun aku tak berangkat.
Sumpah tido mati.

Then for the next-next day, akak-akak aku pulak datang rumah tak habaq2!
Dorang pun lepak la semalaman dengan aku.

Punya lama tak jumpa. Hambek kau..! Sembang tak ingat dunia..
then, before dorang balik ke tempat study memasing, aku temankan la hakak aku sorang ni nak ke KLCC jumpa member dia..

Perjalanan dari kampus ke stesen KTM dihantar oleh kakakku yang sulung. Tunggu untuk 5-7 minit, ahernya train ke KL Sentral pun sampai.

kunon nak jimat belanja, kitaorang siap bawak bekal la.. nak piknik katanya.. aha XD

So, dari KL Sentral kitaorang gerak la ke KLCC.

hmm baru aku perasan, selama aku study kat sini, aku tak pernah jejak KLCC lagi.
bak kata cik abang n member aku.. "kawasan orang kaya"

memang betul pun. aku pun pegi sekadar cuci mata. pegi ahad pulak. memang bersepah-sepah la umat manusia nya =\

aku belanja gamba sikit.

cerita dengan gambar ni senang. Aku ni bukan bangsa orang yang suka sangat menulis.
ni pun ambik masa berjam carik idea..
haha




ok. yang ni kolam. nak deepavali kan. sempat la snap satu gamba.. aku pun teruja tengok kesenian dorang buat benda artistik camni. 
agak-agak kalo masak balik beras tu, jadi kaler apa eh?


then, jalan-jalan lagi sikit.. lalu depan kedai Vincci. 
yepp kedai kasut tuu.. yang tempoh hari ada buat jualan gudang RM15 each pair of shoes.. housemate aku ada ajak pegi, nasib tak pegi.. mau mati aku kena lenyek.. bia la dia kasi free, kalo camtu la ghupa gaya macam zombie mengganas.. tak dann aku haaa..

baik aku sopping elok-elok dekat kedai.. biar la mahal pun, janji tak berebut dengan segala umat yang indescribable camtu. 




dah jalan, mesti la lapar.. bajet student ni selalu tight everyday.. so kitaorang pun singgah la kat  food court.
iye.. food court je mampu.. kalo korang student, mesti paham. tambah tambah lagi budak archi.. mesti paham.. cost printing bukan murah.. ='(

dah tawaf food court tu carik mana gerai yang berkenan, kitorang decide makan dekat emm aku lupa la pulak nama kedai dia.. 

tapi makanan dia macam gamba kat bawah ni..
haaa..

dia punya taste pun ok la.. not so bad.. 
huhu


yang gambar-gambar kat bawah ni pulak view sekitar klcc..
kena asah balik skill photography ni..







alrite.. ni pulak gambar kitaorang wefie ngn twin tower tu.. 
malangnya lighting failed, twin tower tak nampak.. sob sob




papepun, i really enjoyed my weekend!klcc is must-visit-place if u travel to Kuala Lumpur. 
Twin Tower tu la lambang kegemilangan Malaysia.
Saiyang Che Det!!

dah nak maghrib kitaorang pun bertolak balik ke kampus aku.. 
penat~~


lepas ni boleh hibernate lagi.. hihi
In sha Allah lepas ni aku cuba untuk selalu sapu lap-lap belog ni bagi tak da habuk and bersinar!
tq ya for those yang still up-to-date baca entri aku ni.. 
saiyang korang!

La revende, 
Hasta la vista.



Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.