Kahwin Awal..?

Assalamualaikum..
Ahlan wa Sahlan... marhaban ya Ramadhan
Alhamdulillah masih di izinkan Allah SWT untuk berjumpa dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya dan bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita.. =']

ehemm.. sejak dua menjak ni..
aku tak tau la kenapa otak aku ligat beno memikirkan benda ni.. benda apa? tu.. title entri aku kali ni.
maybe aku jelly tgok member aku kawen kut, sweet gler.. haihhh =..="

antara reasons (dari aku la kut) sebab apa perempuan perlu nikah awal?

1. Mengelakkan maksiat. *especially time study jejauh dari family
2. Ada peneman. So, tak perlulah keluar sorang-sorang. Eh, kawan kan ada.. hmm elokla ada kawan perempuan ramai. haku ni ramainya kawan laki-laki.
3. Senang nak kumpul pahala. Buat la apa-apa pun, err i mean, masakkan untuk suami, cuci baju suami, layan suami, teman suami.. free-free dapat pahala. but wait, senang jugak nak dapat dosa, if suami tak redha dengan perlakuan kita. huhu
4. Elak dari fitnah akhir zaman. Semua dah sedia maklum, kiamat makin dekat. Perempuan sekarang ni banyak ragamnya. Buat ini, dikata orang.. buat itu, di cakap belakang.. susah susah.
5. Bagi rasa tanggungjawab. maklumlah, perempuan zaman sekarang ni, hmmm bukan macam zaman dolu2 yer dak.. pakai kain batik, sidai kain pepagi, pandai masak pe bagai.. sebab? sebab zaman dulu mana ada teknologi macam sekarang.. *so, nak cakap teknologi ni menyusahkan orang? eh tak. Sebab dah terlalu senang, sampai nak angkat bangun solat subuh pun jenuh.. huhu (headshot!)

but, setiap benda yang baik, mesti ada buruknya..
dan aku wonder jugak, sanggup ke aku tempuh kesusahan dalam alam perkahwinan nanti?

dan aku sendiri jugak menjawab, itulah gunanya perkataan Pengorbanan..
Sacrifices.. tapi kalau dah berdua, masing-masing faham perangai masing-masing..
berdua bersatu kejar syurga Allah, lagi mudah.. Islam itu sangat mudah..
tapi ingat, jangan meremehkan perkara yang mudah.

Dan aku pernah usulkan kat umi, yang ada orang nak meminang aku,
umi tolak mentah-mentah.
belum lagi ayah.
Agak-agak Ayahumi pernah tak terfikir, akan ada diantara anak-anak mereka yang jadi ADT, sebab?
Purata lelaki dalam dunia sekarang ibarat nisbah 1:6 dengan perempuan. kalau 1:4 bleh tahan lagi. Cukup kuota.. ini 1:6.. dan tak dikira nisbah lelaki "baik" berapa dengan keadaan dunia sekarang..

Dan aku pernah terima ayat ni dari member aku,
"Kira untungla kalau ada lelaki yang nakkan ko zaman sekarang ni. Kalau laki taknak.. hmm sendiri la menjawab"

hadis-hadis pun dah sebut;

Carilah rezeki dengan menikah”. (HR. Ad-Dailami)

:“Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian diantaramu. Sesungguhnya, Allah akan memperbaiki akhlak, meluaskan rezeki, dan menambah keluhuran mereka.”

.. 
Allah sendiri dah bagi guarantee rezeki akan bertambah kalau nikah awal.
tapi hmm
persepsi masyarakat sekarang. Berlumba-lumba dengan jiran sebelah, duit hantaran anak. Serupa macam jual anak. Aku pun tak pasti, aku ni manusia or barang dagangan. hmm

tapi, disebalik larangan keluarga suruh kita kawin awal tu mungkin ada betul nya .. kutt.
Nak pastikan anaknya pandai dalam urusan rumah tangga.. ni kalau kawin awal p tak reti masak, bangun pagi pun liat, kan dah memalukan pihak perempuan tu sendiri. *ini pandangan aku la..
dan pihak lelaki pun, pastikan ada pekerjaan dah. nak support anak orang ni.. even nak jaga anak kucing pun kena berduit, nak kena beli makanan apa semua. lagikan anak orang.

Kepada yang nak nikah awal tu, fikir-fikirkan.. banyak pros and cons yang korang kena ambil kira.
termasuk aku ni la.. banyak jugak la kena fikir.. rumah kereta kerja belanja bulanan apa semua.. banyak..
kahwin bukan perkara yang mudah.. tapi kalo difahami, insha Allah mudah sebenarnya..
bab munakahat kut.. jangan dibawak main.

So, dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat ni, sama-sama la kita baiki diri, selidik diri balik.. segala kejadian ada hikmah, ada kemanisan disebalik keperitan. =]

p/s: aku harap kakak-kakak aku copek le menikah. especially yang first tu.. hadeh2
      by the end of this year, copek lo ko menikah oi.. turn aku jauh lagi ni.. kalo aku melangkah bendul kang,       macam-macam pulak dimintak.. TT^TT

Pre-Post Before Holiday

Assalamualaikum.. morning everyone~

huhu, sudah usang dikit belog ni di tinggalkan .. uhuks~
asal ingat balik kenangan ber'selfie' bersama abg sendiri terasa senyuman makin panjang ke hujung telinga..
waa happy nyaa

"Coz I'm happy,
clap along and give u feel like room without the roof
Coz I'm happy 
clap along and give u feel like happiness is the truth~~"
oh yeahh~~
serentak dengan tu jugak la lagu si pharell william tu berkumandang kat telinga den.

alhamdulillah!
hari ni terlepas azab siapkan model yang menyangkutkan aku dari balik bercuti.
tu la. menggatal pegi tangguhkan keja. kan dah jadi camni. p alhamdulillah.. aku dapat siapkan dalam masa semalaman. huehue..

actually dalam minggu lepas ;agi aku plan nak siapkan suma assignment aku.. yang len da submit, tinggal model ni jela.. pastu dalam minggu lepas jugak la banyak beno benda terjadi nya hadoi~
aa aku try list out kan balik apa yang aku buat seminggu minggu lepas;

Selasa: [pagi] exam, [petang] kerja (majlis perbandaran nilai)
Rabu: [pagi] exam, [petang] g tolong abg k pindah memindah rumah, [mlm] buat kerepek seaweed
Khamis: [pagi] tidooo~~, [mlm] g tgok maleficient
Jumaat: pagi-mlm, kerja
sabtu: g kenduri doa slmat la apa ntah lagi yg penting gi makan
ahad: akad nikah abg k ngan nani (p ku tak pegi pun, dok buat eseimen =3)

haa, sampai la hari ni baru aku ada masa nak bukak belog ni..

meh sini, ku nak show off sikit keja yang menyekatkan perjalanan balik aku .. tadaa~~




ni kira elok korang tgok dah berangkat tegak dindingnya.. aku nengok dari awal, macam tak da harapan langsung.. hahaha

ok. enough utk keja harini. Aku nak cerita pasal kerja aku hari jumaat yang lepas.
ini sangat menarik yerr

ehem. event ini anjuran elevate company sdn bhd. dorang tgh buat promotian untuk dunhill something2 la.. aku pun tak berapa tau sangat. yang aku tau, tema dorang buat event ni, Bali nak yang santai2 punya.

Aku datang2 ja dah terpampang besa signboard kat atas stage;



datang terus setting khemah, sepatutnya tu keja satu lagi company.. kitaorang serve makanan je pun.
yang paling buat aku eksaited tak ingat dunia bila dorang cakap Nabil Ahmad nak datang.
[melompat jap, ] HIP..HIP HURRAYYY!!

p memang la. manusia ni bila dah ada harta pangkat nama semua mana nak pandang orang kelas bawahan. aku yang dok kutip pinggan kat meja nabil tu sendiri agak tersentuh. tak pandang langsung. aa tader la aku nak mintak perhatian, just cakap terima kasih sudah la.. jangan kan meja nabil, meja orang biasa pun berlagak sungguh macam dorang dapat gaji berjuta nam sebulan =]
manusia~ manusia~
so, aku harapkan sangat, jangan perlekehkan budah waiter.. kita tak tau dia kaya ka miskin, tengah study apa, and yang paling penting kita tak pasti sama ada di buat part time sama ada nak cari duit atau suka-suki nak menimba pengalaman.
this what we called "LIFE"~~

k enough nak merapu sal budak waiter.
aku kasi korang tengok lagi suasana majlis malam tu.




memang best la. moment yang paling aku tak leh lupa aku jumpa dengan ehem ehem... malu la nak sebut.. abg titew abg titew~~ (buwerrkkk!) setiap kali teringat mesti senyum sampai telinga.. seriously, aku sendiri yang served meja dorang. who? abang aku, Nabil Ahmad ngan isterinya yang cantik, Atilia and beberapa 'artis' yang tak berapa nak artis la..

so, setakat tu je la kut sharing aku kali ni..
actually ni entri ni dah tertunda dari last week lagi.. sorry guys.. ntah apo la dibusykan sangat.. n aku pun dah selamat berada di kampung halaman..
last photo, waktu kerja tempoh hari..eechewahh

cc: isteri nabil, kak Nazirah n kengkawan sekerja.. =]




Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.