Pendam rasa, hati merana?

yeker? Jiwa selamba janji bahagia. Soal hati tolak tepi-tepi.. jatuh golek golek dalam longkang pun tak kisah.. Janji longkang tu tak dalam sangat. 5-7cm cukup la.. Senang sikit nak ambik lepas tu.
Classmate ada cakap semalam, orang pompuan suka buat blog macam diari dierorang. hmm yelah kut~
Meh aku nak share skit dengan korang apa yang aku buat hari ni pulak.

Subjek hari ni takda yang best sebab cikgu yang best suma takda. Kira subjek bio je lah tadi yang menaikkan sikit semangat nak buat persiapan untuk bertempur dalam perang SPM nanti. Tapi, lepas jejakkan kaki ke koridor lab, rasa nak belajar tu hilang.. kena tiup angin yang kuat waktu keluar dari lab tu.. haha. nope. HA.HA =.="

Bila "panggilan dari syurga" bebunyi tepat pada jam 1.20 petang, aku tak alang-alang terus tutup buku addmath yang macam tengah gelakkan aku sebab tak dapat jawab soalan-soalan yang cikgu bagi. huh~ sah ada disleksia- masalah untuk membaca dan menulis sebab huruf dan nombor tu semua menari-nari [based on wikipedia la] pastu ada classmate cakap, sesapa nak stay untuk kelas addmath petang ni boleh stay.. Aku 'ter'senyum. Sangat. "tengoklah kalau aku rajin"-suara hati berkata demikian.

Then, pusing belakang....., *ttttuuuuuuuuutttt* talian nyawa macam kena rentap dengan malaikat. Hah! I'm still alive! setelah berpaling ke hadapan. Kemas sikit-sikit barang then rasa nak makan pun dah lari bertempiaran dek kena sentapan malaikat. Pandang amiga, tengah busy sembang dengan member lain. Sesaat dua, kitaorang sama-sama melangkah ke koperasi sekolah.

Macam biasa, makanan asasi aku : Askem wafer coklat. Aku dah tak ambik pusing amenda yang jadi kat sekeliling. Lepak dekat lorong PPDA, rasa makin bekecamuk..., perghh~! kalau ada punching bag, serius, memang dah jahanam dah kut. Dah lama tak bukak langkah ni. Pandang tali gantung kat lorong tu, ishh~ mana boleh.. bodo sangat la tu.. akal tak pakai ke hapa.. tak cium bau syurga nanti... then, tonyoh-tonyoh askem kat lantai sambil perhati orang yang lalu lalang.. ramai orang tak sedar dierorang diperhatikan. Tengah tonyoh menoyoh tu, cikgu perhati.. Pulak dah!

"tak.. tak cikgu. tengah sketching ni.." aku bersuara sebagai penjelasan kepada apa yang terjadi kepada lantai kat situ lepas cikgu pandang dengan jelingan high-pitch.

"banyak la kamu punya sketching.." sambil berlalu sebagai tanda amaran.

baik blah sebelum masalah lain jadi. aku bangkit tinggalkan amiga sorang-sorang. tengah benggang, benggang dengan suma benda yang jadi.

Waktu petang sepatutnya jadi waktu extra class addmath, tapi aku dengan amiga pegi panjat pokok. Dah. Final year. Bila lagi nak panjat pokok kat sekolah macam tadi? free free jer kitaorang kena gelar "monyet" oleh cikgu. Bila dah kena gelar macam tu, kitaorang gerak lagi ke satu pokok lain. Main punya main, dah penat kitaorang balik kelas. Cikgu addmath just geleng kepala je tengok kitaorang main kejar kejar dekat bawah. Masuk kelas, cikgu tanya :

" Mana you pegi?" "Hah? main, cikgu.. Best~!" menyengih puas. puas hati dapat release tension. daripada duduk dalam kelas dengan pemandangan yang menyakitkan. kan? lebih baik pegi riadah.

nampak sangat aku bukan budak baik. yupp. aku memang "BUKAN" budak baik.
So, jangan jadi macam aku. Tak best la hidup follow style hidup orang lain. Tak adventure la macam tu kan? Ni.., mak aku pun dah mula melaungkan seruan untuk belajar, baik aku stop dulu. ada masa lagi aku update lebih-lebih~ Insya Allah^^

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.